ordero

Website order sendiri untuk kedai makanan anda. Duit masuk dulu, baru masak.

Customer pilih menu, pilih masa ambil dan bayar dengan FPX. Anda terima notifikasi dan senarai dapur yang siap. Tak perlu lagi kira order dalam WhatsApp.

Harga launch RM990untuk 5 peniaga pertama sahaja.

Customer tambah Garlic Cheese Bun ke troli
Halaman pesanan selepas bayaran berjaya, dengan butang Saya dah sampai
Dashboard admin: pesanan hari ini, jualan dan stok

Biasa dengar?

Order dalam WhatsApp memang memenatkan.

Sekarang

  • Scroll chat untuk kira berapa biji nak buat
  • Customer janji bayar, tapi tak datang ambil
  • Semak resit transfer satu-satu
  • Jawab soalan "masih ada stok?" berpuluh kali
  • Order bertindih pada masa yang sama

Dengan Ordero

  • Senarai dapur siap: berapa nak masak, ikut masa
  • Customer bayar FPX dulu sebelum anda masak
  • Bayaran disahkan automatik oleh ToyyibPay
  • Had stok sehari, tunjuk "tinggal 12" sendiri
  • Slot masa ambil dengan had order setiap slot

Cara ia berfungsi

Tiga langkah. Customer buat sendiri.

1

Customer order

Buka link kedai anda, pilih menu dan tarikh & masa ambil. Promo macam "3 biji RM10" dikira sendiri.

2

Bayar FPX

Bayar terus dengan online banking melalui ToyyibPay. Order hanya masuk bila bayaran berjaya.

3

Anda siapkan

Notifikasi Telegram masuk, senarai dapur siap. Tekan "Siap", customer tekan "Saya dah sampai" bila tiba.

Semua yang kedai anda perlukan

Dibina untuk peniaga makanan Malaysia.

Bayaran FPX

Melalui akaun ToyyibPay anda sendiri. Duit terus ke akaun anda.

Slot masa ambil

Tetapkan waktu buka, tempoh slot dan had order setiap slot.

Had stok & promo

Had harian setiap menu, tanda "Habis", promo pukal automatik.

Notifikasi Telegram

Setiap order berbayar masuk terus ke phone anda.

Dashboard dalam phone

Pesanan hari ini, jualan, senarai dapur, laporan bulanan.

BM & English

Customer pilih bahasa. Terjemahan menu automatik untuk admin.

Kad cop & ulasan

Customer kumpul cop untuk ganjaran, dan boleh tinggal ulasan.

Hari tutup

Cuti atau rehat? Tutup tarikh itu, customer tak boleh pilih.

Link kedai sendiri

namakedai.ordero.my, atau domain .com / .my anda sendiri.

Sudah digunakan

Tengok kedai sebenar yang guna Ordero.

Ziey Kitchen terima pre-order Garlic Cheese Bun dengan bayaran FPX dan slot masa ambil. Cuba sendiri sebagai customer: pilih menu sampai ke halaman checkout.

Ziey Kitchen

Home bakery, Selangor

  • Menu dengan had stok harian
  • Promo 3 biji RM10 automatik
  • Bayaran FPX melalui ToyyibPay
  • Butang "Saya dah sampai" untuk ambil
Buka zieykitchen.ordero.my

Harga

Bayar sekali untuk setup. Tiada komisen setiap jualan.

Harga launch: 5 slot sahaja
RM990RM1,500

Bayaran sekali untuk setup lengkap. Siap dalam 3–7 hari.

  • Website order dengan menu, gambar & harga anda
  • Bayaran FPX (akaun ToyyibPay anda, saya bantu daftar)
  • Slot masa ambil, had stok, promo pukal
  • Dashboard admin, senarai dapur & laporan
  • Notifikasi Telegram setiap order
  • Link namakedai.ordero.my

Deposit RM500 untuk lock harga. Baki bila website live.

RM59/bulan

Hosting, link kedai, kemas kini dan sokongan. Bulan pertama percuma.

Tambahan (pilihan)

Domain sendiri (.com / .my)RM150/tahun
Masukkan menu & gambarRM150

Soalan lazim

Ada soalan?

Berapa lama untuk siap?

3 hingga 7 hari bekerja selepas saya terima menu, gambar dan maklumat kedai. Masa paling lama biasanya kelulusan akaun ToyyibPay.

Perlu ada akaun ToyyibPay?

Ya, supaya duit masuk terus ke akaun anda. Kalau belum ada, saya bantu daftar. Caj transaksi ToyyibPay mengikut pakej akaun anda.

Ada komisen setiap jualan?

Tiada. Anda bayar setup sekali dan RM59 sebulan sahaja. Ordero tidak ambil potongan daripada jualan anda.

Boleh tukar menu dan harga sendiri?

Boleh. Tambah, ubah, sembunyi atau tandakan "Habis" terus dari phone anda melalui dashboard admin.

Customer kena daftar akaun?

Tidak. Customer cuma isi nama, nombor telefon dan emel semasa checkout, kemudian bayar.

Apa yang saya perlu sediakan?

Nama kedai dan logo, senarai menu dengan harga dan gambar, waktu operasi, kawasan ambil, nombor WhatsApp kedai dan akaun ToyyibPay.

Boleh guna untuk penghantaran (delivery)?

Sistem ini dibina untuk pre-order dan ambil sendiri. Kalau anda perlukan delivery, WhatsApp saya dan kita bincang.

Jom buat kedai anda online minggu ini.

Saya tunjuk demo 10 minit melalui WhatsApp, terus dari phone. Tiada paksaan.

WhatsApp untuk demo